Shipping Fee:
RM5.19 (incl. SST)
Specification
Year,Ships From
Description

Dapatkan SEGERA BUKU KISAH PAKCIK COVID-19 untuk mendalami sendiri kesakitan, kesedihan dan penderitaan yang dilalui oleh penulis yang pernah disahkan positif Covid-19. “Pakcik, sabar ya. kami telah pun dapat dari makmal keputusan ujian saringan Covid-19 pakcik, dan dukacita dimaklumkan, kami dapati keputusan ujian tersebut adalah POSITIF. Jadi saya minta pakcik untuk bersiap-siap, nanti lepas Maghrib insyaAllah ambulan akan ambil pakcik di rumah.” Saya terkedu seketika. Perasan dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Air mata isteri dah berjurai laju… BAYANGKAN… Jika anda juga menerima panggilan telefon dengan perkhabaran yang sama seperti di atas, apakah perasaan anda? Apa yang bermain di benak fikiran anda? Takut? Marah? Sedih? Terkilan? Lebih parah lagi jika anda seperti saya. Berada dalam kategori pesakit berisiko tinggi. Umur sudah pun mencecah 60 tahun. Ada penyakit kencing manis pula. APA REAKSI ANDA? Sejujurnya, pada saat itu, saya sendiri GAGAL mengawal minda dan hati. Pelbagai kemungkinan-kemungkinan buruk silih berganti dalam kotak pemikiran. Bagaiman keadaan saya di hospital nanti? Siapa akan jaga makan minum keluarga saya di rumah? Adakah ini kali terakhir saya dapat menatap wajah insan-insan tersayang? Cukupkah BEKALAN untuk saya bertemu Sang Pencipta? Dapatkan segera buku nota perjalanan saya dalam mendepani hidup dan mati bersama Covid-19.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now